Sesi
video.
Mari bersama-sama menikmati animasi berikut. Animasi ini
adalah berdasarkan sebuah lagu tradisional Melayu. Ia mengajar kita supaya bersikap jujur, bercakap benar dan jangan suka berdalih
apabila diajukan soalan.
Mari kita nyanyi bersama-sama…
Bangau, oh bangau,
Mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus?
Ikan tidak mahu timbul.
Ikan tidak mahu timbul.
Ikan, oh ikan,
Kenapa tidak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul?
Rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.
Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak
panjang?
Kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.
Kerbau,oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan?
Perut aku sakit.
Perut aku sakit.
Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit?
Makan nasi mentah,
Makan nasi mentah.
Nasi, oh nasi,
Mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak
mentah?
Kayu api basah,
Kayu api basah.
Kayu, oh kayu,
Mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah?
Hujan timpa aku,
Hujan timpa aku.
Hujan, oh hujan,
Mengapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa?
Katak panggil aku,
Katak panggil aku.
Katak,oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak
panggil?
Ular nak makan aku,
Ular nak makan aku.
Ular, oh ular,
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan?
Memang makanan aku,
Memang makanan aku.
Ular,oh ular,
Mengapa tak makan katak?
Macam mana aku nak makan?
Kau orang dah belit aku.
post on 16-10-2012
goyang e~goyang~......
Satu lagu yang dapat menarik minat murid, lirik yang disediakan juga dapat dijadikan panduan untuk guru ataupun murid, terima kasih atas usaha anda~!!!
ReplyDeleteTerima kasih. Harap-harap ia dapat membantu.
Deletevery nice! keep going~!
ReplyDeleteTerima kasih........ masih dalam usaha......
Deletewah,,menariknya!
ReplyDeleteLagu yang mempunyai nilaimoral yang baik.....bagus.....teruskan......
ReplyDeletelagu yang menarik.
ReplyDeleteYa, lagu ini memang menarik. Ia merupakan satu lagu tradisional melayu. Ia juga mempunyai nilai moral yang baik.
Deletemurid-murid suka menyanyi lagu bangau oh bangau
ReplyDeleteSangat menarik. JIA YOU!
ReplyDeleteLagu ini dapat menyeronokkan murid dan memberi nilai murni kepada murid.
ReplyDeleteTahniah, perkongsian lagu yang menarik dan bermakna!^^
ReplyDeleteNice song...Thanks for sharing...:)
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat, terus berusaha!
ReplyDeleteDengan adanya lagu pasti akan merangsang minat pelajar untuk belajar dengan lebih gembira! Bagus!
ReplyDeleteBlog cikgu amat menarik, penuh dengan gambar animasi yang comel.
ReplyDelete