Music


Sesi video.
Mari bersama-sama menikmati animasi berikut. Animasi ini adalah berdasarkan sebuah lagu tradisional Melayu. Ia mengajar kita supaya bersikap jujur, bercakap benar dan jangan suka berdalih apabila diajukan soalan.


 
Mari kita nyanyi bersama-sama…
Bangau, oh bangau,
Mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus?
Ikan tidak mahu timbul.
Ikan tidak mahu timbul.

Ikan, oh ikan,
Kenapa tidak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul?
Rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.

Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang?
Kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.

Kerbau,oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan?
Perut aku sakit.
Perut aku sakit.

Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit?
Makan nasi mentah,
Makan nasi mentah.

Nasi, oh nasi,
Mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah?
Kayu api basah,
Kayu api basah.

Kayu, oh kayu,
Mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah?
Hujan timpa aku,
Hujan timpa aku.

Hujan, oh hujan,
Mengapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa?
Katak panggil aku,
Katak panggil aku.

Katak,oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil?
Ular nak makan aku,
Ular nak makan aku.

Ular, oh ular,
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan?
Memang makanan aku,
Memang makanan aku.

Ular,oh ular,
Mengapa tak makan katak?
Macam mana aku nak makan?
Kau orang dah belit aku.
post on 16-10-2012
 

goyang e~goyang~......



16 comments:

  1. Satu lagu yang dapat menarik minat murid, lirik yang disediakan juga dapat dijadikan panduan untuk guru ataupun murid, terima kasih atas usaha anda~!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harap-harap ia dapat membantu.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih........ masih dalam usaha......

      Delete
  3. Lagu yang mempunyai nilaimoral yang baik.....bagus.....teruskan......

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ya, lagu ini memang menarik. Ia merupakan satu lagu tradisional melayu. Ia juga mempunyai nilai moral yang baik.

      Delete
  5. murid-murid suka menyanyi lagu bangau oh bangau

    ReplyDelete
  6. Lagu ini dapat menyeronokkan murid dan memberi nilai murni kepada murid.

    ReplyDelete
  7. Tahniah, perkongsian lagu yang menarik dan bermakna!^^

    ReplyDelete
  8. Nice song...Thanks for sharing...:)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana berkongsi maklumat, terus berusaha!

    ReplyDelete
  10. Dengan adanya lagu pasti akan merangsang minat pelajar untuk belajar dengan lebih gembira! Bagus!

    ReplyDelete
  11. Blog cikgu amat menarik, penuh dengan gambar animasi yang comel.

    ReplyDelete

 
Hamutaro